eKelas Live Tutorial (Bahasa Inggeris)

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2019, sesi live tutorial bersama eKelas berlangsung seperti biasa untuk subjek Bahasa Inggeris. Seramai 2 orang pelajar Tahun 6 dan 2 orang pelajar Tingkatan 3 telah menghadiri sesi ini. Sesi eKelas ini telah diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Berdasarkan jadual yang telah diedarkan oleh pihak Maxis sebelum ini, minggu ke-10 adalah merupakan minggu ulangkaji. Pelajar-pelajar diingatkan semula berkaitan format kertas peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris mengikut tahap masing-masing. Para pelajar juga mengulangkaji beberapa topik mudah seperti subject and verb agreement, simple tense, past tense dan future tense.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali